Anak Malaysia

Anak Malaysia
1 Malaysia

Friday, August 7, 2015

LATIHAN



                     


 A ) JAWAB SOALAN

  1. Apakah nama bendera Malaysia?
    __________________________
  2. Apakah warna-warna pada bendera Malaysia?
    __________________________
  3. Apakah agama rasmi negara kita?
    __________________________
  4. Di manakah bendera Malaysia selalu dikibarkan?
    __________________________



JAWAPAN!!!








 B) BULATKAN JAWAPAN

1        Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita
A.      Tunku Abdul Rahman
B.      Tun Abdul Razak
C.      Tun Hussein Onn
D.      Tun Dr Mahathir

2.       Bilakah Negara kita merdeka?
A.      1957
B.      1963
C.      1956
D.      1958

3.       Tahun ini merupakah tahun kemerdekaan Malaysia yang ke……
A.      58 tahun
B.      56 tahun
C.      57 tahun
D.      59 tahun

4         Malaysia mempunyai  ……. buah negeri.
A.      13
B.      14
C.      12
D.      15


5.   Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?
A.      Jalur Gemilang
B.      Jalur Lebar
C.      Harimau Malaya
D.      Harimau Selatan



TEMA DAN lOGO 2015

     TEMA HARI KEMERDEKAAN 2015



  Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan 2015.Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka.
    Sehati Sejiwa -  Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka


                         LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015



JALUR GEMILANG


    Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


PENCIPTA BENDERA MALAYSIA

MAKSUD LAMBANG DAN WARNA

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. 



WARNA MERAH-  melambangkan kesanggupan, keberanian,
               kegagahan dan  kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.



WARNA PUTIH - melambangkan keluhuran dan keikhlasan,


WARNA BIRU - melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai 

WARNA KUNING - melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

BINTANG - 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan
                          Kerajaan Persekutuan.

ANAK BULAN - melakmbangkan agama Islam






Hari Kebangsaan


   Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2015,, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-58.

  Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

   Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958






PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU




KEPENTINGAN MENYAMBUT MERDEKA

  • Dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air.  
  • Dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia.